Tuesday, December 7, 2010

Belalah Nasib Rakyat Marhain

Harga Minyak Naik 5 Sen Mulai Esok
PETALING JAYA: Kerajaan pada Khamis mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen berkuat kuasa esok.
Ia adalah selaras dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri di sini, subsidi bagi RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Ini bermakna petrol RON95 dijual pada harga RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.
"RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.
"Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram," katanya.

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
http://hadis.feryco.com/menjalankan-pemerintahan-mengenai-urusan-umat-islam
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Sesiapa yang menjalankan pemerintahan mengenai urusan umat Islam tanpa menghiraukan kemiskinan,keperluan,kefakiran dan hajat mereka, nescaya Allah akan membiarkannya pada hari kiamat tanpa menghiraukan kemiskinannya, keperluannya, hajatnya dan kefakirannya”.
Riwayat Abu Daud
Huraian:
  • Berdisiplin ketika bekerja merupakan kekuatan yang menggerak kepada kejayaan dan kemenangan.
  • Dalam melakukan urusan dengan orang ramai (masyarakat) perlulah dilakukan dengan adil dan menyesuaikan keutamaan tanpa ada perasaan pilih kasih dan sebagainya. Jika tidak akan berlakulah kezaliman dan penganiayaan terhadap orang lain.
  • Oleh itu untuk mendapatkan ganjaran ibadah dalam setiap kerja yang dilakukan patuhilah peraturan dan arahan dengan baik serta melaksanakan sesuatu tugas dengan tertib dan beradab dengan menjaga tentang aspek pengurusan waktu yang telah ditetapkan. Dengan itu kita akan mendapat keredhaan Allah S.W.T dan mendapat ganjaran yang selayaknya di akhirat nanti.

Friday, December 3, 2010

kewajiban kita

I pray five times a day
I wake up at dawn before the sun rises. I pray my fajr prayer
I finish helping my mom in the kitchen in the afternoon. I pray my dhuhr prayer.
I finish resting and reading books in the late afternoon. I pray my `Asr prayer
I watch how the sun sets and the sky becomes darker. I pray my Maghrib prayer.
I look at the moon in the dark blue night. I pray my `Isha prayer
I pray to Allah. He is the only One I pray to. He is the only One that can answer my prayers


Tuesday, November 30, 2010

JANGAN DITINDAS RAKYAT

Setiap apa jua keputusan yang hendak diambil perlulah memikirkan kesan kepada semua golongan  masyarakat

Wednesday, November 10, 2010

banjir oh banjir

salam...hari ini kawasan utara tanah air kembali hujan.  Jabatan Meteorologi menjangkakan hujan akan berterusan sekurang-kurangnya 24jam akan datang...kepada semua kawasan yang berisiko tinggi dinaiki air...semua diharapkan dapat bersedia awal jika terpaksa menempuh proses perpindahan...

Keadaan banjir ini merupakan suatu peringatan kepada masyarakat yang tidak ditimpa bencana banjir dan merupakan ujian bagi terlibat dalam musibah ini...ambillah pengajaran terhadap apa yang terjadi di sekeliling kita

Monday, October 11, 2010

Erti Cahaya Mata

Assalamualaikum...

Kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan berita yang begitu menyentuh hati dan perasaan.  Menyentuh naluri keibubapaan.  Kisah dan tragedi terbesar dalam zaman iaitu tiada lagi perasaan kasih dan sayang kepada zuriat manusia itu sendiri.  Naluri kasih sayang itu telah ditiupkan ke dalam hati dan naluri kita oleh Allah SWT.  Naluri kasih sayang sesama makhluk, naluri kasih sayang kepada ibu dan bapa, naluri kasih dan sayang kepada anak-anak dan kasih sayang yang tertinggi kepada Maha Pencipta, Allah yang telah menciptakan kita daripada tiada kepada ada.

Berita pembuangan bayi begitu menyentuh perasaan kita.  Saban hari ada sahaja berita bayi-bayi yang tidak berdosa, tidak kenal erti kasih sayang seorang ibu dan bapa, dibuang dan dibunuh tanpa kasihan belas oleh si pelaku yang pada aras fikiran yang waras seharusnya bertindak sebagai pelindung, pencurah kasih dan sayang, pendidik dan pencorak masa depan bayi-bayi yang tidak berdosa itu. 

Minta ampun kita kepada Allah SWT.  Mudah-mudahan ini bukan bala' yang diturunkan oleh Allah SWT kerana kelalaian kita kepada begitu banyak arahan dan suruhanNya.  Marilah kita kembali kepada segala ajaran yang disampaikan kepada kita melalui kekasihNya Nabi Muhammad SAW.  Mudah-mudahan musibah dan tragedi pembuangan bayi ini dapat kita hentikan.  Ingat!  Apabila manusia semakin lupa dan lalai, maka tunggulah akan bala' Allah SWT kepada kita.  Na'uzubillah.

Thursday, September 30, 2010

Hujan adalah rahmat dariNya

      Segala pujian bagi Allah yang menjadikan alam ini dan segala isinya.

Wednesday, September 29, 2010

Rabu 29 September 2010

Assalamualaikum kepada semua pembaca...harap kalian semua sihat dan gembira...pertama kali post dalam blog ni...satu pengalaman baru...thanks buat mr salleh yang memberi tunjuk ajar untuk menghasilkan blog ni